
tqah20996
5 tahun
Recurrent lower back pain
Salam, saya berumur 23 thn,dgn Bmi overweight…Mempunyai sejarah sakit belakang dan telah memgambil few pain killer termasuk celecoxib dan menjalani rawatan fisioterapi atas sebab PID.Xray menunjukkan tulang belakang saya okay dan mungkin backpain dsbbkan masalah tense muscle serta overweight…Saya berhenti rawatan fisioterapi atas faktor kewangan dan kebelakangan ni sakit belakang di bhgian pinggang saya kembali semula menyebabkan saya tidak boleh duduk lama even for less than 1 hour dan juga apabila baring, pinggang saya akan sakit apabila ingin menggerakan badan, termasuk rukuk dan sujud…Sakit ini berbeza kerana saya masih boleh tidak bergantung kepada painkiller berbanding sebelum ini, dan sakit hanya tertumpu pada bhgian tulang belakang di pinggang dan hip serta sometimes tiba2 kaki cramp bermula dri hip jika salah menggerakkan kaki…Apakah saranan dr.?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Ovari melepaskan ovum boleh menyebabkan kesakitan pada wanita
- Masalah pada struktur ovari pada wanita
- Masalah pada usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.