
Sulit
5 tahun
Red spot on face but not acne
Hye. Saya nak tanya. Haritu saya bersihkan rumah tiba tiba gatal sangat muka maybe sebab allergy. Esoknya timbul red spot kat dahi. Red spot tu bukan acne sebab kalau sekali tengok macam saya tengah pakai acne patches tapi warna merah. Tak gatal tak sakit tapi buat saya risau sebab memang kat tengah tengah muka. Spot tu memang cantik bentuk bulat dan menggelupas sikit. Help me

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk memberikan diagnosis yang tepat, sejarah kesihatan, umur dan pemeriksaan perlu dilakukan kerana terdapat banyak jenis penyakit kulit yang boleh menyebabkan kemerahan berbekas. Antara punca utama penyakit kulit yang menyebabkan ruam kemerahan pada kulit boleh disebabkan:
- gigitan serangga
- Ekzema
- Psoriasis - akibat sistem imun badan menyerang kulit sendiri
- Jangkitan kuman/kulat
- Alahan dermatitis - alahan pada debu, kain dan lain-lain
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.