
Sulit
5 tahun
Refluks baby premature
Saya mempunyai seorang anak premature yg lahir 32weeks 6 days…sejak kebelakangan ni dia sering berlaku refluks dan dalam sehari dia mesti akan muntah dlm kuantiti yang banyak…dan kadang2 mulut dia akan berbuih sikit tapi tak banyak dan akan hilang sekejap saja…adakah itu normal utk anak premature? Bagaimana saya nak tau jika anak saya terkena jangkitan kuman? Kadang2 dia bernafas seperti ada kahak di dada…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anak anda alami boleh disebabkan:
- Alahan susu
- Jangkitan kuman - dalam paru-paru/usus/saluran air kencing
- Saluran usus mengecil (Pyloric stenosis)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah anak puan dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.