
eykafauzi90
5 tahun
Renjatan elektrik di tulang belakang atas
Saya wanita berumur 29 tahun dan mengalami scoliosis. Adakah ini penyebab renjatan elektrik yang berlaku di tulang belakang bahagian atas saya? Kerana sebelum ini belum pernah terjadi. Selain itu, bahagian belakang saya selalu rasa kebas, hingga ke pinggang dan kadangkala hingga ke kaki. Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan penyakit scoliosis yang semakin memburuk yang menyebabkan tekanan pada saraf yang mengawal kaki (spinal stenosis) ataupun kesan dari renjatan elektrik. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.