
wardatushihah
5 tahun
Renjatan elektrik kecil di jari
Saya wanita berusia 20-an. Sejak seminggu yang lepas, tangan kiri saya lenguh-lenguh dan setiap kali saya tersentuh objek, jari saya berasa seakan terkena renjatan elektrik. Urat-urat hijau di tangan kiri jugak kelihatan lebih timbul dari kebiasaan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Melalui penerangan anda, saya dapati anda mengalami masalah lenguh pada tangan kiri serta berasa seakan renjatan elektrik jika tersentuh objek. Saya memahami kebimbangan anda mengenai masalah ini namun malangnya saya tidak dapat untuk memberikan diagnosis yang terpat kerana terdapat banyak soalan serta pemeriksaan fizikal yang harus dilakukan sebelum kesimpulan dapat dibuat.
Namun begitu, secara umunya rasa elektrik atau rasa semut-semut ini boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
Kekurangan vitamin atau zat lain
Kencig manis
Kerosakan buah pinggang
Carpal tunnel syndrome
Jangkitan virus (Epstein-Barr Virus)
Berikut hanyalah jawapan am bagi soalan yang diajukan. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.