
Sulit
4 tahun
Rentak jantung berdegup kuat sekali tiba-tiba
Saya teenage girl dlm lingkungan belasan thun…jantung saya brdegup dgn degupan biasa semasa rehat…tetapi ade ketika jantung saya rentaknya berdegup kuat sekali secara tiba2 dlm keadaan saya tgh rehat…ianya sprt degupan jantung tidak normal…saya risau jikalau saya ada gejala jantung tersumbat.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Gejala jantung berdegup dengan kuat secara tiba-tiba boleh berpunca dari pelbagai jenis gangguan tubuh seperti:
- Masalah ritma jantung
- Masalah hormon tiroid (sering diiringi dengan tangan bergetar, kuat berpeluh, dll.)
- Masalah anxiety (rasa cemas yang berlebihan)
- Stress yang berlebihan
- Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
- Selepas melakukan aktiviti lasak atau melalui perkara yang mendebarkan atau menyeronokkan
Mual dan tegang leher sejurus selepas gejala jantung dialami berkemungkinan terkait dengan gangguan degupan tersebut, namun ia juga perlu ditangani dan diperiksa dengan lebih teliti saat bertemu dengan doktor yang merawat.
Saya menasihatkan anda untuk cuba menjauhkan diri (atau kurangkan) dari faktor yang boleh di cegah dahulu seperti stress (sekiranya ada), demam (lapor ke klinik atau hospital yang berdekatan sesuai SOP), mahupun aktiviti-aktiviti yang dapat mencetus gejala tersebut. Disamping itu memastikan diri sentiasa cukup makan dan minum.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!