
Sulit
4 tahun
Resdung Dan Sakit Kepala
Saya seorang wanita 29 tahun , Saya mengalami berdarah hidung sebulan yang lepas setelah bersin dengan banyak kali. Selepas berdarah hidung saya terus diserang sakit kepala dibahagian dahi. Adakah perkara ini normal? apakah cara rawatan atau ubatan yang boleh diguna pakai untuk menghilangkan sakit kepala ini?. Mohon pencerahan doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah sakit kepala.
Melihat kepada situasi yang anda terangkan, bersin yang anda alami pada awalnya telah menyebabkan hidung berdarah. Perkara ini mungkin berlaku kerana iritasi melampau kepada bahagian sel sel dalam hidung atau ada sebab lain yang perlu pemeriksaan lanjut. Anda sepatutnya ke hospital atau klinik untuk membuat pemeriksaan klinikal bagi menegtahui keadaan sebenar.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Kemudian sakit kepala berlaku, sekiranya anda mengalami resdung, sakit kepala memang mudah berlaku kerana keradangan sinus berulang ulang. Sakit kepala dan Resdung anda akan pulih setelah mendapatkan rawatan. Dapatkan nasihat doktor di klinik atau hospital terlebih dahulu. Gejala resdung dapat dikurangkan dengan cara:
- Rehat yang cukup
- Bernafas dalam wap panas dari semangkok air ( boleh tambah sedikit minyak angin).
- Makan ubat penahan sakit ( panadol)
- Ubat selsema bagi mengurangkan bengkak dalam hidung
- Antibiotik sekiranya penyebabnya bakteria.
Untuk memilih ubatan yang sesuai, anda perlu berjumpa dengan Doktor terlebih dahulu.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda .
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.