
Sulit
2 tahun
RESDUNG (pertanyaan tentang kapsul yang hendak di ambil)
Assalmmualaikum dan Salam sejahtera saya wanita berumur 23 Tahun mengalami masalah resdung saya nak tanya pasal kandungan ubat yang saya beli adakah selamat di ambil dan status halalnya .Telah diluluskan oleh KKM tapi saya kurang pasti tentang dia punya source of capsule dibawah adalah kandungan dan sedikit persepsi tentang ubat
Kandungan :
Bulbus allium cepa 80mg
semen xanthium strumarium 80mg
herba myrtus communis 80mg
rhizoma kaempferia galanga 80mg
fructus piper cubeba 80mg
Sumber Kapsul : BOVINE
Capsule shell contain Methyl Paraben (0.4%w/w)
and Propyl Paraben (0.1% w/w) as preservative
KKM - MAL19026045TC

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, status ubat atau suplemen yang anda ambil ini sememangnya mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Hal ini bermaksud, ubat ini bebas dari bahan terlarang. Namun tidak diketahui sekiranya suplemen ini berkesan ataupun tidak untuk merawat kondisi resdung ini. Ianya juga tidak diketahui samada suplemen ini selamat ataupun tidak kepada pesakit yang mempunyai sakit seperti sakit buah pinggang, diabetes dan sakit jantung. Manakala status halanya pula, anda boleh menyemak di laman web JAKIM. Untuk merawat masalah rensung, adalah sebaiknya anda mendapatkan nasihat pakar dan tidak membelanjakan wang kepada ubat atau suplemen yang tidak diketahui keberkesanannya. Sekian.