
firdaus
5 tahun
Resiko buat operation ketika hamil
Pada bulan 9 isteri sy ada buat opretion batu karang pada saluran kencing dan pada awal bulan 10 isteri sy buat opretion batu karang pada buah pinggang dekat hospital swasta…
Dua tiga hari selepas isteri sy buat opretion kali 2, sy dan isteri baru dapat tahu isteri sy mengandung 1bulan…
Bermakna time isteri sy buat operation, isteri sy sedang hamil…
Dan kami pergi ke hospital tempat isteri sy buat operation sebelum ini, dan pihak doktor (sakit puan) beri pendapat pada kami untuk gugurkan kandungan tersebut. Kerana kata doktor tersebut ia beresiko pada ibu dan anak dlm kandungan. Kerana isteri sy telah bayak makan ubat,buat x-ray dan ada buat laser dalam mase 4jam ketika operation sebelum ini… Doktor tersebut mengatakan jika isteri sy tetap ingin terus kandungan tersebut, kemungkinan anak yg dilahirkan tidak normal (cacat) dan ibu atau anak beriko akan dapat cancer…
Jadi kami buat keputusan ingin pergi hospital kerajaan untuk memdapatkan pendapat doktor pakar di sana.
Setelah kami jumpa doktor pakar, doktor pakar berpendapat kandungan tersebut tidak beresiko. Kerana janin masih kecil…
Sekarang kandungan isteri 6 atau 7minggu, tapi kami masih tak tahu apa yg patut kami buat sekarang…
sy amat berharap pihak dapat bantu kami untuk buat keputusan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, risiko x-ray untuk memberi kemudaratan kepada kandungan anda amat kecil dan bergantung kepada umur kandungan sewaktu xray dijalankan dan dos radiasi. Jika kandungan terdedah pada usia yang awal risiko itu menjadi lebih sedikit dibandingkan dengan risiko diusia 2 hingga 8 minggu.
Bagi rawatan laser, terdapat kajian yang dijalankan keatas haiwan yang mengesahkan bahawa terdapat risiko keguguran dan kecacatan kepada kandungan haiwan. Walaubagaimanapun, terdapat kes dimana ibu manusia berjaya melahirkan anak dengan selamat dan dalam keadaan sihat. Risiko ini juga akan menjadi tinggi lebih-lebih lagi jika kandungan anda sudah berusia.
Kami tidak boleh mengulas lebih lanjut tentang kandungan isteri anda kerana tidak memiliki laporan lengkap kesihatan.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.