Sulit
3 tahun
Result cross match blood test-antibodi tinggi
Sebelum ni ayah adalah donor untuk transplant buah pinggan ibu. Semasa cross match blood test antara ibu (group darah O) dan ayah (group darah B), keputusan darah untuk ibu menunjukkan antibodi terlalu tinggi. Doktor maklum transplant antara ibu dan ayah tidak boleh dibuat. Sekarang saya (anak) willing untuk jadi donor kepada ibu dan dlm proses work up untuk transplant. Group darah saya juga O sama seperti ibu. Soalan saya, adakah saya ni tiada masalah untuk menderma walaupun bacaan antibodi dalam mak saya terlalu tinggi?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, cross match blood test antibody merupakan ujian yang dilakukan untuk mengetahui kompatibiliti (kesesuaian) organ yang akan didermakan kepada penerima organ bagi mengelakkan masalah penolakan disebabkan ketidaksesuaian imun antibodi.
Jika bacaan tersebut tinggi, maka kebarangkalian penolakan untuk organ yang didermakan oleh adalah tinggi. Setiap orang memiliki bacaan yanf tersendiri bergantung kepada badan serta antibodi. Oleh itu, pemeriksaan cross match test antibody adalah penting bagi menetukan kesesuaian penderma dan penerima organ.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.