
pnella300
5 tahun
Result keluar globulin tinggi.. Apa maksud itu doktor?
Sy wanita berumur 36 tahun. Sedang consume ubat atenolol dan kelmarin ada pigi lab untuk test kolesterol dan ujian keputusan kluar menunjukkan globulin sy tinggi. Mohon pencerahan doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, globulin adalah sejenis protein yang terdapat dalam darah, diproduksi oleh hati dan berfungsi dalam menjalankan kerja hati, dalam memekatkan darah serta melawan jangkitan. Maka, apabila globulin tinggi, dikhuatiri terjadi masalah pada salah satu bahagian diatas.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.