
Sulit
4 tahun
Risau akan kehamilan
Hi. Salam sejahtera. Saya masih dara & pasangan saya masih belum pernah memasukkan zakar ke dalam faraj . Tetapi kami hanya menikmati foreplay dgn alat sulit kami hanya bersentuhan kedua duanya tanpa melakukan sebarang penetrasi di dalam vagina. Adakah masih dapat menghamilkan saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan maklumat yang diberikan, sekiranya anda bersama dengan pasangan tanpa penetrasi kemungkinan untuk anda hamil adalah rendah. Namun begitu, kemungkinan untuk anda hamil juga boleh berlaku sekiranya titisan air mani pasangan termasuk kedalam vagina. Bagi mendapatkan kepastian mengenai status kehamilan, anda boleh lakukan ujian kehamilan UPT selepas 2 minggu daripada tarikh anda bersama dengan pasangan.
Terdapat beberapa tanda kehamilan iaitu:
- Tidak datang haid
- Keletihan
- Mual
- Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
- Payudara yang sakit dan semakin membesar\
Untuk mengesahkan kehamilan, anda perlu berjumpa doktor bagi tujuan pemeriksaan dan menjalani beberapa prosedur lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.