Sulit
2 tahun
Risau berlaku kehamilan
saya nak tanya , jika menggosok alat kemaluan lelaki di bibir vagina boleh menyebabkan kehamilan ? tetapi zakar tidak dimasukkan kedalam vagina . hanya air mazi sahaja yang terkena di bibir vagina bukan air mani . dan saya masih mempunya dara .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, kehamilan boleh berlaku sekiranya penetrasi dilakukan dan air mani dilepaskan ke dalam faraj. Air mazi juga boleh menyebabkan kehamilan disebabkan ia mungkin mengandungi sperma tetapi risikonya adalah rendah berbanding air mani dan juga penetrasi juga harus dilakukan.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai persoalan anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.