
Sulit
4 tahun
Risau dengan memikirkan penyakit
Adakah bila kita memikirkan sesuatu sampai ada mood tekanan boleh menyebabkan kita sakit bahagian tekak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, perasaan terlalu risau memikirkan sesuatu hal boleh menyebabkan gangguan emosi, keresahan (anxiety) atau tekanan (stress) sehingga boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan jika ianya berlarutan. Namun, sakit tekak boleh disebabkan oleh beberapa hal, antaranya ialah:
- Jangkitan kuman/virus
- Radang tonsil
- Radang tekak
- Kecederaan pada tekak akibat batuk
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria.
Untuk mengetahui punca yang tepat bagi masalah ini, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.