Sulit
4 tahun
Risau dgn keadaan covid.. rasa not feeling well
im 38 yrs old… takda symtom yg ketara.cuma rasa sejuk mula dr after lunch ptg ke malam… bila bangun pagi im feeling healthy ja… sejuk tu more bahagian kaki. no fever ,flu cough… today dah 6 hari feelinglike that. selera mkn semua masih ok
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat Sejahtera
Terima kasih di atas soalan yang diajukan.
Untuk pengetahuan anda, gejala COVID-19 adalah
- Sakit tekak
- Batuk
- Selsema
- Demam
- Sesak nafas
- Sakit badan
Oleh kerana anda mengalami simptom berlarutan, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































