
sabreena.dean
5 tahun
Risau jika wabak covid ini senang dijangkiti oleh pesakit kronik yang mempunyai sistem imun yang rendah
Saya wanita yg berumur 35 tahun merupakan seorang pesakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE). Saya baru tahu bahawa salah seorang penduduk di tempat kediaman saya didapati positif dengan covid. Bimbang dengan penyakit kronik saya, perlukah saya pergi hospital untuk buat test? Sejak akhir2 ini, saya juga ada mengalami sakit tekak dan sukar bernafas bila malam.

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini.
Untuk makluman anda, kesukaran bernafas boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan termasuklah:
- Jangkitan bakteria atau virus
- anemia
- asma
- pneumonia
- GERD
Keperluan ujian saringan COVID-19 adalah bergantung pada risiko jangkitan. oleh itu, Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Sekiranya anda berisiko sederhana tinggi atau tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.