Sulit
6 tahun
Risiko Bekas Pesakit Jantung dan Covid-19
Saya wanita berusia 23 tahun. Sebelum ini saya pernah menjalani pembedahan jantung berlubang ASD di IJN secara major pada tahun 2013. Doktor memaklumkan bahawa saya tiada sebarang komplikasi lain namun masih mempunyai temu janji di IJN setahun sekali sehingga kini. Doktor juga ada memaklumkan pada saya pada tahun lepas bahawa antibody dan ketahanan dalam badan saya adalah lemah yang membuatkan saya mudah berjangkit dan jatuh sakit akibat kesan daripada pembedahan jantung. Doktor ada menasihatkan saya untuk menjaga kesihatan dan sekiranya tidak saya boleh dimasukkan ke hospital.
Namun pada akhir bulan 1 tahun ini, saya telah menjalani pembedahan pembuangan epidermal cyst di sebuah hospital di Melaka. Dan saya masih mempunyai temu janji seterusnya pada bulan 5 ini.
Selepas pembuangan cyst, saya ada bertanyakan kepada doktor di hospital Melaka tentang perjalanan saya ke Indonesia pada 16 hingga 19 mac depan. Dan doktor membenarkan saya pergi. Namun pada ketika itu tiada sebarang kes yang dilaporkan di Indonesia.
Jadi saya ingin mendapatkan nasihat daripada doktor tentang perjalanan ke Indonesia pada 16-19 mac depan atas urusan lawatan akademik yang dianjurkan oleh tempat saya belajar kini.
Adakah perjalanan ini berisiko untuk saya? Adakah saya seseorang yang berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 kerana kekurangana antibody dalam badan saya?
Penerangan dan nasihat daripada doktor amat saya hargai. Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Untuk makluman anda, Indonesia belum tersenarai dalam kategori negara yang berisiko tinggi untuk jangkitan COVID-19. Anda masih boleh pergi ke negara tersebut tapi anda memang harus berwaspada dan lebih berhati-hati kerana anda memang berisiko tinggi untuk mendapat apa-apa jangkitan. Langkah-langkah berjaga-jaga ini boleh mengurangkan risiko anda untuk mendapat COVID-19:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air. Sekiranya tiada kemudahan ini disediakan, gunakan hand sanitizer.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.
Saya berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































