
Sulit
4 tahun
Risiko Hamil Lagi Atau Tidak
Saya wanita berumur 22 tahun.Saya melahirkan anak secara caesar pada 12/9 dan datang haid pada 13/10 hingga 17/10.Baru² ini saya telah melakukan hubungan intim bersama suami tanpa perlindungan tetapi menggunakan kaedah pancut luar.Adakah saya berisiko hamil lagi ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, terdapat 4% risiko kehamilan sekiranya zakar dikeluarkan.
Maka, anda dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perancangan keluarga jika anda ingin mencegah kehamilan. Hal ini penting kerana, sekiranya anda bersalin secara czer, bagi mengelakkan komplikasi seperti rahim pecah, pendarahan dan sebagainya sewaktu kehamilan seterusnya, anda disarankan merancang kehamilan dengan menjarakkan sekurang-kurangnya 18 bulan hingga 2 tahun bagi luka anda benar-benar sembuh sehingga ke dalam rahim.
Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang perancang keluarga yang bersesuaian kerana anda pasti sedang menyusukan anak anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.