
Sulit
4 tahun
Risiko Jantung berderbar ketika hamil
Doktor saya nak tanya, saya menghadapi masalah jantung berdebar dan nadi laju… sy nak tnya jika hamil masih di peringkat awal bolehkah saya gugurkan kandungan atas risiko tersebut…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, pengguguran janin adalah salah di sisi undang-undang melainkan atas sebab-sebab perubatan tertentu. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Hipertiroid semasa kehamilan
- Lemah jantung
- Darah tinggi
- Masalah psikologi:
- Kemurungan (depression)
- Keresahan (anxiety)
- Stres atau tekanan emosi
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dan berbincang dengan dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Anda tidak perlu risau kerana masalah ini boleh ditangani dan anda dinasihatkan untuk patuh kepada arahan yang diberikan oleh doktor yang merawat anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.