Sulit
5 tahun
Risiko kehamilan lupa makan pil perancang
Sy mengamalkan pil perancang untuk 28 hari.minggu pertama 1-7 sy makan ubat.pada hari ke-8,9,10 sy terlupa makan ubt…sy makan semula pada hari ke 11.dua hari selepas itu sy bersama suami.kemungkinan risiko untuk hamil itu ada?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, terdapat risiko kehamilan kerana anda tidak mengambil ubat tersebut seperti yang ditetapkan melainkan pasangan anda menggunakan kondom sewaktu berhubungan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



































