
kamaltj6424
5 tahun
Rs sengal/ngilu sebelah bawah rusuk kiri
Sy berusia 33tahun…sejak kebelakangan ini…sy selalu rs sengal/ngilu di sebelah bawah rusuk kiri…apabila di urut…ia akn hilang…lpas itu ia dtg balik…kebiasaan ia rs selepas makan dlm keaadaan perut kenyang…apakah masala sy doc dan cara nk merawat sakit ni

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gastrik yang disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
- GERD
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.