Anonymous
6 tahun
Rt lower abdomen pain
saya wanita umur 27 tahun sudah bernikah hampir setahun setengah dan belum dikurniakan cahaya mata.bulan 2 tahun ni pernah buat laparoscopy utk remove endometriosis dan jgk cyst.pernah mkn visanne slma 3 bulan.lpas 3 bulan tu period sy okay.bulan 7 ni…period sy dah lambat seminggu(sepatutnya due 23 hb setiap bulan)…pastu sy mengalami sakit bahagian ari2 sebelah kanan…22hb sebelum due period sy buat TVS scan…dr gynae sy nampak dinding tebal dan tanda nk period…sekarang tggu period xdtg2…normal ke dr?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit ari-ari sebelah kanan serta kelewatan haid anda boleh disebabkan:
- Kehamilan - dalam rahim atau ektopik
- Endometriosis
- Fibroid atau kista (cyst) ovari pecah/berdarah
- Radang apendiks
- Usus terbelit/tersumbat - disebabkan kesan dari prosedur laparoskopik anda dahulu
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






























