
Sulit
5 tahun
Ruam di bahagian bontot
Saya wanita berumur 20, semasa period yang lepas celah kelangkang hingga ke bahagian bontot saya gatal dan saya mengaru sehingga luka berair. Selepas itu tumbuh ruam dan saya dah letakkan ubat anti fungal, tapi makin teruk sehingga saya dapat rasakan ruam semakin teruk.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- alahan
- jangkitan virus
- gigitan serangga
- jangkitan kuman pada kulit (bullae cellulitis)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.