
Sulit
3 tahun
Ruam di betis bayi 4 bulan selepas suntikan pneumococcal
Salam. Saya ibu (27 tahun) kpd anak 4 bulan. Sblm suntikan pneumococcal, betis anak saya ada ruam putih berkelompok ( tak byk). Tetapi setelah suntikan tersebut, ruam di betisnya semakin banyak. Saya ada sapu lotion seperti yg disarankan oleh nurse kemungkinan ruam sbb sabun. Hari ni saya dah stop pakaikan sabun or any lotion. Adakah ruam di kakinya disebabkan suntikan tersebut? Apa perlu saya buat utk hilangkan ruamnya. Adakah bahaya jika dibiarkan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anak anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anak anda menghadapi masalah ruam di betis yang menjadi semakin banyak setelah suntikan vaksin pneumococcal dan ingin mengetahui jika masalah ini adalah disebabkan vaksin tersebut. Saya akan cuba membantu sebaik mungkin.
Secara umumnya ruam bayi anda boleh disebabkan oleh:
- alahan kulit akibat cuaca, suhu, haba, habuk, dll.
- eczema
- dermatitis kontak iritasi
- faktor kuman atau kebersihan
- gangguan akibat kulit berpeluh
Selain itu, vaksin Pneumococcal adalah selamat dan secara amnya boleh diterima dengan baik. Walau bagaimanapun kesan sampingan boleh berlaku, walaupun tidak semua orang mendapatnya.
Kesan sampingan yang paling biasa adalah sakit, kemerahan, bengkak di tempat suntikan dan demam gred rendah.
Kanak-kanak yang menerima vaksin ini juga mungkin mengalami penurunan selera makan, kerengsaan, mengantuk dan tidur yang tidak lena.
Kadangkala, kanak-kanak atau orang dewasa mungkin mengalami reaksi alahan yang serius selepas vaksinasi termasuk yang berikut:
- kesukaran bernafas,
- tekanan darah rendah (menyebabkan pening) dan rebah,
- degupan jantung yang laju
- bengkak di bahagian muka, bibir, lidah, tekak dan leher,
- gatal-gatal (radang pada kulit) dan ruam.
Reaksi ini biasanya akan berlaku beberapa minit hingga beberapa jam selepas vaksinasi dan bantuan perubatan segera diperlukan.
Anda disarankan untuk bercakap dengan doktor sekiranya masalah ini berterusan kerana keadaan ini boleh membawa kepada komplikasi lain jika tidak dirawat.
Saya berharap saya telah menjawab pertanyaan anda, namun sekiranya anda mempunyai pertanyaan lain atau ingin berbincang tentang masalah ini dengan lebih terperinci, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Kanak-Kanak.