
eyraeyra26
5 tahun
Ruam gatal dan pedih
7 hari lepas tiba2 muka saya dipenuhi dgn biji2 kecil seperti ruam dan ia sngat gatal. Makin hari makin teruk. Saya dah guna gel aloe vera. Dan hari ni cuba guna cream econazine yg disyorkan oleh rakan. Tapi lepas 10 minit makin gatal dan pedih hingga sekarang. Ubat apa yg perlu sy gunakan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, econazine adalah digunakan untuk mengubati masalah kulat yang tidak akan membantu dalam masalah ruam tersebut.
Masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Chicken Pox
- Ruam Panas
- Contact Dermatitis
- Jangkitan Herpes Simplex Virus
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- Penyakit sopak garam iaitu urticaria
- Penyakit autoimun seperti systemic lupus erythematosus (SLE)
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.