
Sulit
4 tahun
Ruam gatal di bahagian punggung
2 hari lepas saya sedar ada 4tompokon seperti gegata timbul di punggung saya tapi tidak terlalu gatal…Selepas sapu zaricort cream,tompokan tersebut mengecil,seperti ada sdikit gelembung air.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall))untuk bercakap dengan pihak kami.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kegatalan kulit pada bahagian-bahagian tertentu boleh disebabkan:
- Ekzema
- Psoriasis
- Alahan dermatitis (disebabkan kain seluar dalam tidak sesuai)
- Kurap
- Jangkitan kulit - sellulitis
Bagi merawat kondisi yang dialami anda, puncanya perlu diketahui agar rawatan bersesuaian boleh diberikan samada berbentuk krim atau ubat telan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.