Sulit
5 tahun
Ruam, gatal-gatal merah bintik kecil malah bintik liang roma juga timbul
Hi. Saya Nurul, 26 tahun. Sejak 3 hari lpas, di sekitar dada ke leher telah tumbuh bintik2 merah. Saya syak ia adalah ruam. Sememangnya saya mudah terkena ruam sejak kecil tapi kali ni sudah 3 hari berturut-turut, tak surut gatalnya. Adakah ia akan memudaratkan diri saya jika tidak mendapatkan rawatan dgan segera?? Saya cuma guna bedak agnesia dan minyak panas tuk kurang kan rasa gatal.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doctor.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkannya.Antaranya ialah :
- Penyakit berjangkit seperti demam denggi, HIV, campak, demam kepialu, penyakit kencing tikus, radang injap jantung, meningitis dan penyakit cacar air.
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- Penyakit sopak garam iaitu urticaria
- Penyakit vasculitis
- Penyakit autoimun seperti Systemic lupus erythematosus (SLE) dan inflammatory bowel disease (IBD)
- Kanser seperti limfoma dan Kaposi sarcoma
Sementara waktu anda boleh sapu losyen calamine atau ubat yang boleh didapati di farmasi yang tidak memerlukan preskripsi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.Sila klik pada link ini Sementara waktu anda boleh sapu losyen calamine atau ubat yang boleh didapati di farmasi yang memerlukan preskripsi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.

































