
Sulit
4 tahun
Ruam merah baby 2buln
Baby sy 2bln,punggung dia jadi merah,sepeti melecet or ruam,jadi apa sy perlu lakukan or ubat yg sesuai yg boleh gunakn.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang bayi anda hadapi iaitu ruam pada punggungnya. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, antara perkara yang boleh menyebabkan gejala yang bayi anda hadapi adalah:
- Kurap “Ringworm”
- Ekzema
- Alahan kepada produk pencuci
- Jangkitan kulat
- Gigitan serangga
- Kulit kering
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan ubat yang sesuai untuk rawatan punggung bayi merah, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.