
Sulit
5 tahun
Ruam merah dan gatal muncul apabila berpeluh senaman
Saya wanita berusia 35 tahun dan saya menyedari saya mengalami masalah ini sejak 6 tahun yang lalu. Masalah yang saya alami adalah apabila saya berpeluh banyak ketika melakukan senaman, kadang-kadang muncul ruam merah yang gatal di seluruh badan. Semakin digaru, semakin berbisa dan semakin bertambah timbul di tempat-tempat lain. Masalah ini bagaimanapun akan timbul apabila saya melakukan senaman dalam tempoh kurang daripada 1 jam setengah atau 2 jam selepas mengambil makanan berat. Masalah yang sama tidak timbul apabila saya mengambil makanan ringan seperti buah-buah atau biskut sebelum melakukan senaman. Apabila timbul ruam merah tersebut, saya tidak boleh terkena air kerana boleh menambahkan kegatalan dan apa yang saya buat adalah saya berehat dengan menyejukkan diri di hadapan kipas. Saya juga terpaksa menahan diri daripada menggaru kerana bimbang timbul kesan yang lebih buruk. Walau bagaimanapun, kadang kala saya perasan yang ruam merah itu juga boleh timbul dalam keadaan yang minima ketika saya tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal yang berpeluh atau dalam keadaan berpeluh sedikit, juga timbul selepas makan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kulat
- Ekzema: biasanya disebabkan alahan
- Kurap (ringworm)
- Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
- Psoriasis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih