
Sulit
4 tahun
Ruam merah di bahagian kulit tangan
Hai doc, saya berusia 35tahun, saya ibu kepada 3 anak. saya menghidap ruam/ekzema di bahagian tabgan saya… setiap hari dia akan merah kemerahan tetapi tidak gatal dan dia akan merebak secara perlahan tetapi berkelompok… apa saya perlu buat… dia hanya ada pd bahagian kulit tangan dan lengan saya saja,adakah saya alah pada bahan anti bakteria atau saya alah pada bahan tertentu.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, masalah ruam merah di bahagian kulit tangan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sejarah alahan lain atau asma dalam keluarga.
- Kecacatan pada sistem perlindungan kulit boleh menyebabkan lapisan kulit kehilangan kelembapan dan terdedah kepada jangkitan kuman.
- Bersentuhan dengan bahan kasar.
- Pendedahan kepada cuaca atau keadaan yang terlalu panas atau terlalu sejuk.
- Pendedahan kepada produk rumah tertentu seperti sabun atau detergen.
- Bersentuhan dengan dander haiwan.
- Tekanan atau stres.
- Kain yang diperbuat daripada material sintetik.
- Peluh badan.
- Penurunan mendadak dalam tahap kelembapan sekeliling.
- Alahan makanan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ruam kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.