
Sulit
4 tahun
Ruam merah di pipi bayi
Salam sejahtera. Bayi saya berusia dua bulan mempunyai ruam merah hanya di pipi. Bayi minum susu ibu & formula hanya melalui botol susu. Tetapi ruam tersebut datang dan pergi. Ruam tersebut muncul walaupun saya hanya memberi susu ibu. Adakah ini dikatakan ruam panas dan bukan alergi? Sbb saya tidurkan bayi dalam bilik ber aircond sepanjang hari.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda sebagai seorang ibu. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Dapatkan penjagaan kesihatan terbaik untuk si manja anda. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Secara umumnya ruam merah pada pipi bayi anda boleh disebabkan oleh:
- alahan kulit akibat cuaca, suhu, haba, habuk, dll.
- komplikasi eczema yang muncul kembali
- dermatitis kontak iritasi
- facial erythema
- faktor kuman atau kebersihan
- gangguan akibat kulit berpeluh
- tanda tanda awal gangguan ruam yang lain
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anak anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan dari pihak kami terlebih dahulu.
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar puan mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital kembali & memastikan agar berhenti menggunakan ubat sekiranya telah diindikasikan dari doktor. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.