
suhaimishop91
5 tahun
Ruam Merah setelah demam
Saya berumur 28 tahun, saya telah demam panas dalam tempoh 5 hari…masuk hari ke 5 dan ke 6 seluruh badan, kaki dan tangan mula keluar ruam kemerahan…saya sudah pergi ke hospital…namun tiada jangkitan denggi…doktor kata hanya demam panas biasa…sekarang badan sudah tidak demam…tetapi ruam merah masih lagi keluar…kadang2 terasa gatal dan pedih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, adalah sukar untuk kami membuat kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi tanpa maklumat lanjut. Tambahan pula anda telah ke hospital dan dirawat.
Namun begitu, terdapat kemungkinan ruam yang anda alami adalah sejenis ruam panas. Kulit anda mungkin sensitif dengan perubahan suhu badan anda. Ia boleh menajdi gatal dan pedih akibat terkena peluh dan bakteria membiak.
Anda digalakkan untuk kerap mandi dengan sabun dan kerap menukar pakaian. Sekiranya ruam masih timbul, sila rujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.