
Anonymous
4 tahun
Ruam-ruam di badan, demam, muncul ulser dan tangan, kaki kebas
Saya seorang belia 20’an. Kebelakangan ini badan saya terdapat ruam-ruam, berikut saya mendapati batuk berpanjangan dan selesema. Selepas itu disusuli dengan cirit-birit dan ulser di mulut. Selepas itu diikuti demam. Saya ke klinik mengambil ubat namun tidak menunjukkan sebarang perubahan. Boleh bantu saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan demam dan ruam antaranya:
- Hand mouth & food disease
- Demam campak
- Jangkitan virus
- Denggi
- Hand mouth & food disease
- Radang selaput otak (jarang berlaku dan biasanya disertai gejala lain)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.