
Sulit
4 tahun
Ruam sekitar kemaluan
saya alami melecet mse period sekitar tepi2 kmaluan…diselangi dgn gatal2 yg kdg2 merenyam disekitar tepi kemaluan dan ditepi2 bibir vagin,kulit saya jdi kering…saya hnya sapu krim ruam,guna sabun ubt maderme…adekah saya mmpunyai simptom siplis?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Iritasi terhadap bahan pencuci
- Jangkitan Kulat
- penyakit kulit (EKzema, Psoriasis)
- Penyakit kelamin
- Jangkitan Kuman (Chlamydia, Gonorrhea)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.