
Sulit
3 tahun
Ruam teruk selepas makan ikan pari
Saya prmpuan 18tahun. Ruam tumbuh di kaki dan tangan saya selepas saya makan ikan pari. Saya tiada sebarang alahan sebelum ini… jadi saya keliru. Adakah ini effect dari vaksin(saya dapat 2nd dose 10/9 dan saya baru kene ruam ni semalam). Ruam ni sudah surut sedikit 3am semalam tetapi pari ini dia makin teruk

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, beberapa kesan sampingan daripada vaksin antaranya adalah:
- Demam
- Keletihan
- Sakit kepala
- Menggigil
- Sakit otot
- Cirit-birit
- Sakit di sekitar tempat cucuk
Oleh itu, jika anda mengalami selain daripada gejala di atas, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor