kambingmude2013
7 tahun
Rusuk kanan bawah terasa sakit
Saya lelaki 30an, hari pertama terasa sakit apa bila bangun dari tidur, terasa sakit di tulang rusuk bawah, bila di tekan atau berbaring ke sisi kanan, sakit seperti salah tidur, tapi sakit tu dah berlajutan sehingga 2 minggu. Sebelum sakit rusuk ni datang saya demam denggi dan sakit sendi (dr kate itu sintom demam denggi) , bila demam denggi dah pulih sakit sendi masih tak pulih malah sakit d sebelah rusuk pula. Sakit di rusuk ni tak terlalu sakit tapi merisaukan saya karena dah 2 minggu masi tak elok lagi.
( Rasa sakit 1 -5 = 2)
Rasa sakit bila di tekan atau penggunaan otot di bahagian rusuk.
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca sakit tulang rusuk kanan, antaranya adalah
- Kecederaan yang melibatkan tulang rusuk contohnya:
- tulang rusuk lebam
- tulang rusuk patah
- Kerosakan otot
- Costochondritis
Costochondritis ini adalah keradangan rawan pada tulang rusuk. Kebiasaannya, costochondritis akan baik pulih tanpa memerlukan rawatan tetapi ia masih bergantung kepada tahap kesakitan dalam menentukan rawatan perubatan. - Pleurisy
Pleurisy adalah keadaan keradangan yang melibatkan lapisan paru-paru dan dada. Keadaan radang paru-paru lain, seperti bronkitis, juga boleh menyebabkan sakit di sekitar sangkar tulang rusuk.
Untuk mengetahui punca masalah anda dan rawatan yang bersesuaian, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.





























