
Sulit
2 tahun
Ryles tube procedure
saya nak tnya satu soalan berkaitan procedure ryles tube free flow…ade yg pasang guna botol drip atau botol ubat kosong…bkn guna bag…relevan ke cara itu dr

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, Ryles tube adalah juga dikenali sebagai nasogastric tube yang mana naso bermaksud nose/ hidung dan gastric bermaksud perut. Pemasangan tiub ini bertujuan untuk memberi akses ke perut melalui hidung agar proses pemberian makanan dan ubatan dapat dilakukan dengan baik pada pesakit yang mempunyai masalah menelan seperti stroke dan sebagainya.
Justeru, tiub ini boleh dipasang dengan bag ataupun botol tergantung kepada bungkusan nutrisi atau ubatan yang diberikan. Sesetengah ubat berupa tablet malah disambungkan ke syringe.
Seandainya anda masih punya persoalan, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.