Sulit
3 tahun
S i n d r o m b u r g a d a
Hai ,saya mempunyai rakan yang berumur 17tahun menghidapi sindrom burgada ini. saya mengetahui bahawa penyakit ini jarang berlaku dan amat berbahaya kerana ianya boleh meragut nyawa secara mendadak . Oleh itu ,saya ingin bertanya bagaimanakan dan apakah langkah untuk mengelak daripada kesan penyakit ini seperti sakit dada berulang lagi ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham tentang masalah yang anda sedang hadapi. Seperti yang anda tahu, sindrom Brugada ini ialah disebabkan oleh masalah ritma jantung di mana jantung berdenyut secara tidak normal dan sekata seperti orang biasa.
Antara simptom sindrom Brugada ialah:
- Sejarah ahli keluarga mati secara tiba-tiba dan umur <45 tahun
- Pitam
- Sakit dada
- Kerap bangun malam secara tiba-tiba dan perlu mengambil udara
Untuk makluman anda, rawatan untuk sindrom Brugada ini adalah dengan meletak implan defibrilator jantung.
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor dan berbincang dengannya mengenai cara untuk menangani masalah sakit dada dan langkah pengawalan gejala.
Jika anda mempunyai soalan lain, anda boleh hubungi doktor kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan konsultasi secara atas talian dan penjelasan yang lebih cerah. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!