
Sulit
3 tahun
Saiz payudara tak sama
Hai, sy wanita berumur 20tahun dan baru saja selesai dos ke2 vaksin pfizer pada 23/8/2021. Saya nak tanya, saya perasan payudara saya besar sebelah iaitu pada sebelah kiri, manakala di bahagian kanan lebih kecil. Kadang kadang ada terasa nyeri pada payudara kiri tapi tidak selalu, adakah ini normal ? Terima kasih atas penjelasan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami anda mengalami masalah saiz paydara yang tidak simetri. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, ramai wanita yang mempunyai saiz payudara yang tidak sama. Ini adalah sesuatu perkara yang normal dan tidak perlu dirisaukan. Perasaan nyeri yang anda rasakan boleh disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku di sekitar waktu haid.
Namun demikian, ada kalanya masalah anda boleh disebabkan oleh patologi pada payudara. Oleh itu, sekiranya anda mengalami simptom lain seperti ketulan pada payudara atau ketiak, perubahan pada kulit seperti kemerahan atau keluaran cecair daripada puting, sila rujuk kepada doktor untuk mendapatkan nasihat lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan