sabrimuhamad100
4 tahun
Saiz perut baby 11 bulan
Anak saya berumur 11 bulan dan saya risau lihat tgk perut dia besar start 11 hb hari tu sampai skrg dia cirit dan najis dia melekit dan berbau masam ada kah Anak saya ada masalah kesihatan nya…skrg ni tiap kali dia terkentut akibat cirit
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, perut bayi yang membesar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Duodenal/ jejunal/ ileal atresia - penyempitan saluran pencernaan
- Hirschsprung disease - masalah saraf usus
- Malrotation with volvulus - yaitu apabila usus terbelit
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dikhuatiri dapat menganggu kesihatan anak anda, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.