
Sulit
4 tahun
Sakit abdomen ( sakit di bahagian perut spt kekejangan/ angin) kerap sendawa
Sy masih remaja dan mengalami sakit pada bhgn abdomen(perut) spt kekejangan. Sy kerap membuang angin, sendawa, loya, pening, sakit kepala. Pd awal jan 2020, sy dimasukkan ke ward kerana mengalami chronic diarrhea. Sy telah melakukan colonoscopy ttpi tiada masalah apa apa. Namun sehingga sekarang, setiap kali saya makan, perut sy akan sakit dan rasa spt nak ke tandas. Adakala sy membaca artikel tentang IBS dan kanser kolon, banyak tanda2 yg sy alami. Adakah sy perlu berjumpa dr
Soalan Teratas

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keracunan makanan
- Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
- GERD
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.