
Sulit
4 tahun
Sakit abdomen sebelah kanan dan kiri bahagian bawah dan kadang2 terasa seperti kram
Saya wanita berumur 17 tahun, saya dah sakit perut selama 3bulan. Simptom2 yg dialami selama 3bln ini sering berubah dan yg paling latest adalah sakit perut bhgn kanan dan kiri start dari tepi hingga ke bwh.rasa sakit jadi lebih teruk pada waktu malam. Selain itu, terdapat perubahan tabiat pembuangan air besar daripada hari2 kepada setiap 3-4 hari sekali. Saya juga mengalami masalah penat dan cepat letih dan kadang2 tidak hilang selepas tidur. Bila rasa penat,sesak nafas juga muncul. Saya ada pakcik yg mempunyai kanser usus sebelum ini. Sebelum ini, saya ada masalah kekurangan darah yg tidak pasti dimana puncanya
Selama tiga bulan ini, saya tidak dpt pergi ke sekolah kerana terlalu penat. Saya telah membuat scan, x-ray, ultrasound, dan endoskopi tetapi semua ok. Baru2 ini saya ada membuat ct scan dan masih menunggu keputusan. Saya harap penerangan ini dpt membantu saya mengetahui keadaan kesihatan saya.tq

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai organ dalam abdomen dan kesakitan boleh berpunca daripada mana-mana organ abdomen dan boleh dikenalpasti berdasarkan kedudukan dan posisi kesakitan tersebut. Terdapat perkara yang boleh menyebabkan sakit abdomen, antaranya ialah:
- keradangan appendiks
- penyakit Crohn
- iritasi pada usus (irritable bowel syndrome)
- sekatan dalam usus (intestinal obstruction)
- kanser usus
- jangkitan pada buah pinggang
- jangkitan pada saluran kencing
- batu hempedu
- keradangan hati
Namun begitu ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, terdapat beberapa ujian yang perlu dilakukan untuk menentukan penyakit boleh menjadi punca kesakitan abdomen. Jika anda ada pertanyaan lebih, anda boleh klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan nasihat dan maklumat lebih lanjut. Terima kasih.