
Sulit
5 tahun
Sakit Abdominal Kiri
Saya lelaki berumur 23 tahun mengalami sakit di bahagian abdominal kiri. Ianya terjadi semenjak 5 bulan yang lepas, dan saya akan hampir setiap minggu. Sudah refer klinik swasta dan diberi ubat usus & angin & tahan sakit. Saya akan mengalami sakit dibahagian itu sampaikan senak perut menekan, dan kekejangan pada bahagian kaki kiri. Ianya bertambah sakit apabila disuhu yang rendah seperti aircond. Saya juga akan mengalami demam apabila kena sakit. APabila saya merasa sakit memang saya tak dapat berbuat apa2x cuma perlu paksa tidur untuk menahan sakit amat. Saya juga akan berasa lega apabila banyak bersendawa dan membuang angin didalam badan. Tapi yang masalahnya bagaimana saya nak pulih dari sakit ini doktor sebab sudah hampir 5 bulan saya merasa.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antara punca yang akan pertimbangkan termasuklah:
Jangkitan kuman
Trauma
Penyakit radang
Penyakit saluran darah
Kanser
Penyakit metabolik
Selain itu, terdapat banyak organ di kawasan tersebut yang boleh menyebabkan masalah tersebut. Antaranya:
Buah pinggang
Otot perut
Usus kecil
Usus besar
Tulang rusuk sebelah kiri
Rahim
Ovari
Tiub Falopian
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Konsulatasi di platform ini adalah terhad. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.