
Anonymous
5 tahun
Sakit apabila mahu menelan
Salam doktor saya mas berumur 28 thun berasal dari selangor… Saya nak bertanya kenapa ya tekak saya tertiba sahaja sakit dan perit apabila mahu menelan makanan atau meminum air dan sakit ini pakej sekali dengan batuk… Selalunya saya jarang sakit tekak atau demam…boleh doktor jelaskan… Tkasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Daripada deskripsi anda, anda berkemungkinan menghidapi keadaan yang dinamakan tonsillitis.
Tonsil adalah tisu adenoid yang mengandungi 2 bahagian pada bahagian belakang leher anda. Tonsilitis yang disebabkan oleh jangkitan bakteria strep dirawat dengan antibiotik kebiasaannya dapat menyembuhkan jangkitan dalam masa yang singkat. Tetapi tonsillitis juga boleh disebabkan jangkitan virus yang menyebabkan jangkitan tersebut lebih sukar untuk dirawat. Kebiasaannya jangkitan virus yang menyebabkan tonsilitis akan mengambil masa yang agak lama untuk dirawat dan pulih.
Antibiotik tidak dapat membantu dalam jangkitan virus. Jangkitan virus tonsil oleh itu dirawat hanya dengan menggunakan rawatan yang konservatif iaitu dengan memastikan pesakit mendapat rehat yang mencukupi, minum air dengan banyak dan mengawal suhu badan jika demam. Jika anda sudah dirawat dengan ubat antibiotik, anda perlu menghabiskan ubat tersebut mengikut arahan doktor. Jangkitan bakteria tonsil boleh dirawat secara berkesan dengan antibiotik. Seorang doktor akan menetapkan ubat yang sesuai.
Ubat tahan sakit yang ringan seperti paracetamol mungkin berguna untuk meringankan kesakitan tonsilitis. Seperti mana-mana antibiotik, apabila rawatan bermula, adalah penting untuk mengambil ubat yang ditetapkan sepenuhnya. Menghentikan antibiotik sebelum waktu yang sepatutnya walaupun pesakit merasa lebih baik, dapat menyebabkan pertumbuhan bakteria secara kekal.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.