Sulit
5 tahun
Sakit ari ari dan kembung perut
salam dr.
saya berumur 27 tahun…
beberapa hari lepas saya ada minum segelas coca cola dan mengalami cirit birit.
hari keduanya badan saya mula berasa lemah dan perut seperti kembung serta kerap kentut.
hari ketiga
kentut masih kerap…
perut tidak selesa
bahagian ari ari juga sakit seperti senggugut.
pada hari ketiga juga, keluar ketulan berwarna coklat gelap bercampur sedikit darah dari vagina.
ketulan ini seperti boleh ditarik dan hanya keluar ketika saya meneran dan di bilik mandi.
hari keempat juga rasa yang sama seperti hari ke hari ketiga .
ketulan masih keluar dan ari ari juga masih sakit .
harini hari ke lima.
adakah saya mempunyai gejala penyakit serius?
normalkah ketulan tersebut?
haid saya berakhir 2 minggu lepas.
terima kasih doktor.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kembung perut terjadi apabila saluran gastrointestinal (GI) diisi dengan udara atau gas. Kebanyakan orang menggambarkan kembung sebagai rasa penuh, ketat, atau bengkak di dalam perut. Perut anda mungkin juga terasa keras, dan menyakitkan. Kembung sering disertai oleh :
- kesakitan
- gas berlebihan (kembung perut)
- kerap sendawa atau belching
Masalah kembung boleh disebabkan:
- Masalah penghadaman seperti "lactose intolerance
- Pengambilan makanan tertentu seperti kekacang dan ubi-ubi
- Radang usus
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor secara peribadi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih




































