
Sulit
3 tahun
Sakit ari-ari susah hendak melakukan perkerjaan
Saya ibu umur mendekati 30an selepas melahirkan ari2 celah kelengkang sy kerap sakit. Sukar untuk saya berlari kerana akan menimbulkan kesakitan. Terbaru sy dah 2 bulan tidak haid. Sebelum ini haid sy normal sahaja.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kegelisahan dan keresahan yang anda alami berkenaan gejala kerap sakit di sekitar kawasan ari-ari selepas melahirkan, lebih-lebih lagi ketika ingin berlari dan disertai gejala tidak datang haid selama 2 bulan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, gejala sakit pada kawasan kelamin dan gangguan menstruasi selepas bersalin boleh berpunca dari pelbagai perkara yang normal seperti proses menyusu yang mengakibatkan peningkatan hormon prolactin seterusnya mengganggu kitaran haid yang normal, selain itu gejala fisiologi yang dinamakan after pain akibat dari proses kontraksi organ reproduksi untuk mengubah kepada ukuran asal. Para ibu juga tidak disarankan untuk melakukan aktiviti lasak dan mengangkat berat 2-5 bulan selepas melahirkan bagi memberi peluang kepada otot-otot dan organ peranakan untuk pulih sepenuhnya.
Namun begitu sakit pada kawasan kelamin setelah bersalin juga boleh disebabkan perkara yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor selanjutnya seperti:
- Endometritis
- Jangkitan saluran kencing
- Pelvic girdle pain
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.