
Sulit
5 tahun
Sakit Ari-Ari Wanita
Saya wanita yg sudah berkahwin. Saya sakit di bahagian ari-ari sudah masuk 3 minggu lebih… Ada jgk sakit di punggung. Saya sudah pergi jmp doc dan diberi antibiotik dan ural. Tapi still sakit di ari-ari dan punggung. Kadang2 ada jgk sakit dekat breast. Apa yang perlu saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- radang pundin kencing
- jangkitan saluran kencing
- batu karang
- endometriosis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.