
Anonymous
5 tahun
Sakit atas dada sebelah kiri
Saya berusia 28tahun… Sejak kebelakangan ni saya sering merasa sakit di bahagian atas dada sebelah kiri… Sakit tu terasa seperti kena cucuk dengan jarum… Masa mula2 rasa sakit bila ditekan lama rasa sakit akan mula hilang… Dan hari ni sama terasa sakit dibahagian yg sama… Tapi bila ditekan rasa tu lagi terasa sakit… Boleh saya tau apakah punca rasa sakit atas dada kiri?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Masalah sakit dada sebelah kiri boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti:
- Otot dada kejang
- Radang tulang dada
- Jangkitan paru-paru
- Asid refluks
- Sakit jantung - seperti koronari arteri tersumbat
Jika ia masih berlarutan, berpanjangan, bertambah teruk dan disertai leh gejala-gejala lain, maka anda dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.