
Sulit
4 tahun
Sakit badan dan cirit birit
Saya dah mengalami sakit belakang dan cirit birit selama 3 ke 4 hari. Adakah saya perlu melakukan pemeriksaan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah sakit belakang boleh berpunca daripada pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Tarikan ligamen atau otot
- ‘Slipped disc’/disk tergelincir
- Osteoarthritis tulang belakang
- otot kejang / muscle spasm
- Spondylolisthesis
- jangkitan kuman
- trauma/ kecederaan/kemalangan
- sindrom “cauda equina”
Manakala, untuk gejala cirit birit yang anda alami , ia berkemungkinan disebabkan oleh perkara seperti:
- radang usus/ perut
- keracunan makanan
- masalah penyakit lain- demam tifoid, demam denggi
Memandangkan gejala yang anda alami sudah berlangsung beberapa hari iaitu 3 hingga 4 hari, anda disyorkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan kelegaan segera setelah punca masalah ini diketahui. Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Masih risau dengan sakit belakang anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!