
Sulit
5 tahun
Sakit badan dan cramp perut selepas bersukan
Doktor saya berumur 20 tahun, dua hari lepas saya ada bersenam dan workout selepas sekian lama. Saya juga ada belajar membuat kip up dan parkour roll dan hari seterusnya perut saya rasa cramp dan sakit badan rasa macam nak demam pun ada. Apakah ini normal atau sebaliknya doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini normal selepas anda melakukan aktiviti sukan secara mendadak. Namun, jika ia berlanjutan, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.